Sunday, April 25, 2010

SEKADAR MENGINGATI

msg ni ptt nye last year aku wt...
tp disebbkn MALAS..ni le jd nye..
syg mau delete...


29/8/09
berpuasalah di bulan Ramadhan dgn penuh keimanan sambil m'harapkan ganjaran drp Allah, nescaya di ampunkan dosa terdahulu.

30/8/09
bersahur m'bezakan cara berpuasa org Muslim dan org Yahudi. Sabda Nabi SAW: bersahurlah kamu kerana dlm sahur itu ada keberkatannya- Bukhari dan Muslim.

31/08/09
cuba sedaya upaya untuk mengawal pendengaran dr mendengar perkara-perkara yg dilarang serta tercela lg terkutuk di sisi Allah Taala.

1/09/09
cukupkan solat terawih serta witir sepanjang Ramadhan kerana ia hanya ada pada bulan ini sahaja dan tidak terdapat pada bulan2 yg lain.

2/09/09
elakkan makan drp makanan syubhah iaitu ragu2 samada ia halal atau haram dan yg ternyata haramnya ketika berbuka puasa atau bersahur.

3/09/09
hidupkan mlm2 Ramadhan dgn solat pasti beroleh keampunan. Sabda Nabi SAW : sesiapa yg bersolat pd mlm2 Ramadhan akan di ampunkan dosanya- Bukhari

4/09/09
jgn bykkn tidur di siang hr kerana hanya tidur org berpuasa yg berpada-pada sahaja akan di kira sebagai satu ibadah.

5/09/09
m'perbanyakkan bacaan Al-Quran serta memahami isi kandungan Al-Quran. Ganjaran pahala yg besar menanti khususnya di bulan Ramadhan ini.

7/09/09
menyediakan mknan utk org yg berbuka puasa, besar ganjarannya. Sabda Nabi SAW: pahala org yg beri mkn berbuka puasa sama dgn org2 yg berpuasa-Tirmizi

8/09/09
org berpuasa lalu membuat amalan2 sunat, diampunkan dosa serta tergolong dlm org2 yg benar. Sabda Nabi SAW: sesiapa yg hidupkan Ramadhan terampun dosanya-Bukhari.

9/09/09
hidupkan tadarus Al-Quran. Nabi SAW pernah m'jelaskan bhw sebaik2 ibadah umatnya ialah membaca Al-Quran, apatah lagi pd bulan Al-Quran diturunkan.

10/09/09
org yg berpuasa sgt tinggi darjatnya sehingga digambarkan bau mulut org yg berpuasa di sisi Allah lebih baik drpd bau kasturi-Bukhari

11/09/09
pada bulan Ramadhan ditutup rapat pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga sebagaimana hadith yg telah diriwayatkan oleh Bukhari.

12/09/09
peliharalah lidah dr bercakap2 kosong, mengumpat, memfitnah, berkata lucah atau sia2 lagi melalaikan serta aktiviti yg membunag masa.

13/09/09
Ramadhan mengajar umat berkongsi kesusahan yg dialami oleh fakir miskin dan org2 yg memerlukan. Falsafah puasa menerbitkan keinsafan.

14/09/09
perbanyakkan ibadat mlm dgn berqiamullail sambil bertasbih serta bertahmid dan memuji kebesaranNya kerana pahala m'hidupkan malam2 Ramadhan amat besar.

15/09/09
bykkan zikir di bulan Ramadhan. Sabda Nabi SAW: 2 perkara yg Tuhanmu redha iaitu kalimah La ilaha illallah dan kalimah Astaghfirullahalazim-Baihaqi

16/09/09
puasa adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya dgn hikmah yg tersendiri. Soal amanah teruji apabila dlm keadaan lapar biarpun berseorangan.

17/09/09
sentiasa bersederhana dlm berbelanja dan elakkan pembaziran sepanjang Ramadhan terutamanya ketika menyambut kehadiran Aidilfitri di bulan Syawal.

18/09/09
zakat fitrah perlu dikeluarkan jika mampu. Sabda Nabi SAW: Zakat bertujuan membersihkan dosa org yg berpuasa dan memberi mkn fakir miskin-Ibn Majah

19/09/09
Ramadhan mengajar umat berdisiplin dgn bersahur, berbuka, bekerja, istirehat dan ibadah. Kehadiran Ramadhan mampu mengubah peribadi insan jadi lebih mulia.

No comments:

Post a Comment