Friday, September 11, 2009

Bulan yang baik tp hati tetap x baik~

org kata..bulan pose syaitan sume di ikat..so kita bleh beribadat dengan sepenuh hati..iman akan jd kuat..tapi kalau dlm hati tetap ada perasaan "jahat"..still sama je dengan bulan selain bulan ramadhan..

aku cuba untuk menjadi yang insan yang lebih baik..menjadi seorang yang tabah..namun aku x kuat nakmenghadapi nya..bila mana hati terasa sakit..aku pasti akan menangis..ya..ini mungkin terapi bagi aku..kalau keaadan yang lebih worst..aku akan call mak..aku tenang bila dengar suara mak..aku lupa akan sume masalah yang membelenggu aku..

aku x sabar2 nak balik..bagi aku seminggu terlalu lama untuk aku menunggu..aku mungkin manja tapi aku cuba untuk berdikari..aku selalu di lindungi bila duk kat rumah..mungkin abah ngan mak takut aku menerokai dunia luar yang kita tahu keadaan yang berbahaya bagi mereka yang jarang2 melihat secara dekat..

hari ini..hati aku terlalu sakit..bila mana kita kehilangan seorang kawan..bukan meninggalkan dunia tapi meninggal kan aku di sebabkan aku menolak nya untuk menjadi teman istimewa..aku susah mempercayai lelaki..di sebabkan pengalaman sebelum ini..bukan titik hitam tapi kerana ramai yang menagih terhadap aku...

aku x minta semua ini terjadi..aku takut membuka hati aku kepada insan yang bergelar lelaki..aku hanya rasa selamat jika mereka adalah abah..abang..dan razin..

di depan mata aku..dia sanggup mencari kawan lain...aku bukan cemburu dia berkawan dengan kawan perempuan lain..tapi apa salah nya si dia menghubungi ku..setidak-tidaknya bertanya khabar dengan ku..kami baru berkawan 2 hari sahaja..namun apabila mengetahui yang aku hanya inginkan hubungan berdasarkan kawan..si dia terus hilang dari ku..

aku redha..tapi bila ku tahu yang dia mula rapat dengan seseorang dan selalu mengambil dan menghantar seseorang itu tanpa rasa jemu..aku jadi bingung..mungkin aku menolak nya..dia terus mencari teman yang lain..mungkin si gadis itu tidak menolak kemahuan nya..

apakah ini kawan yang patut aku percayai..keadaan menjadi semakin sukar buatku kerana dia dan si gadis merupakan teman sekelas ku..jika sekali 2 aku boleh lagi menghadapinya..tapi jika setiap hari kami berlaga bahu..berselisih badan..adakah aku mampu untuk berhadapan dengan nya..

sejak dari zaman sekolah lagi..aku susah berkawan dengan lelaki..aku hanya inginkan sebuah hubungan yang panjang..kawan ketawa senang di cari..tapi mampukah aku mencari kawan menangis..

aku pernah kehilangan kawan lelaki aku..satu2 nya kawan baik aku disebabkan perkara seperti ini..kami berkawan sejak dari zaman sekolah..aku senang dengan..sentiasa meluahkan perasaan terhadap dia..dia sentiasa di belakang aku..x pernah sesekali membiarkan aku terkontang-kanting..aku sayang kan dia..tapi hanya sebagai seorang kawan...

namun aku terpaksa melepaskan nya bila dia meluahkan perasaan terhadap aku..aku x sanggup menukar status kami yang sudah lama kami bina..oleh sebab itu..kami terputus hubungan selama 4 tahun..walaupun kami sudah tidak berhubung lagi..namun aku masih mengambil berat terhadapnya..

berbalik kepada cerita mengenai teman sekelasku..kekadang aku rasa mahu membuat dajal terhadap dia..ya aku terlalu bengang dengan apa yang sudah dia lakukan..tapi iman aku masih lagi kuat..

jika dia hanya berkawan sahaja dengan si gadis itu..aku mungkin x rasa apa2..tapi jika asik berkepit ke hulu ke hilir dan asik membuat drama di hadapan aku...patutkah aku berdiam diri..kawan2 sering menguji kesabaran aku..seperti mahu melihat reaksi aku bila si dia berkawan dengan si gadis itu..

aku akui tahap kesabaran aku agak tinggi..tapi apabila aku asik ditekan...aku takut aku sudah x punya kesabaran..

kisah yang lain pula apabila aku rasa di tikam dari belakang...aku baru berkenalan dengan nya..aku anggap dia lain dari kawan aku yang lain..mungkin kerana dia boleh berfikir dengan bernas..rupa2nya orang lain seperti mahu membuat onar melihat aku berbaik dengan nya..aku xtau sama ada aku rasa ini betul atau tidak..namun naluri aku mengiyakannya..

melihat cara dia mula menjauhkan diri dari aku..aku dapat rasakan ada yang x kena..orang suka menjaja kisah silam konon mahu menunjukkan diri yang mereka "terlalu" baik..bagi aku kisah yang lama jangan di ungkit kerana bukan semua orang sempurna..

aku pasrah..aku redha..

No comments:

Post a Comment